Kamis, 21 Mei 2009

PUSAT FATWA MESIR MENJELASKAN KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH

PUSAT FATWA MESIR MENJELASKAN KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH
Labels: Wahabi lagi..

http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623

Alhamdulillah pihak Darul Ifta’ Misriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir) telah menjelaskan bahawa pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah ini adalah TAUHID GOLONGAN KHAWARIJ dan MENYEBABKAN FITNAH TAKFIR (KAFIR MENGKAFIR SESAMA MUSLIM).

Diharapkan agar pihak berkuasa agama dan institusi pengajian dapat menyemak semula silibus aqidah yang diajar ditempat masing-masing. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.


TERJEMAHAN:

“Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah daripada pembahagian yang baru yang tidak datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang pertama yang menciptanya – mengikut pendapat yang masyhur – ialah Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmati beliau),…


Melainkan beliau membawanya kepada had yang melampau sehingga menyangkakan bahawa Tauhid Rububiyyah semata-mata tidak cukup untuk beriman, dan bahawa sesungguhnya golongan Musyrikin itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan sesungguhnya ramai daripada golongan umat Islam daripada Mutakallimin (ulama’ tauhid yang menggabungkan naqal dan aqal) dan selain daripada mereka hanyalah bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan mengabaikan Tauhid Uluhiyyah.


Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan keimanan adalah pendapat yang bid’ah dan bertentangan dengan ijma’ umat Islam sebelum Ibnu Taymiyyah…


Dan pemikiran-pemikiran takfir ini sebenarnya bersembunyi dengan pendapat-pendapat yang rosak ini dan menjadikannya sebagai jalan untuk menuduh umat Islam dengan syirik dan kufur dengan menyandarkan setiap kefahaman yang salah ini kepada Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmatinya) adalah daripada tipu daya dan usaha menakutkan yang dijalankan oleh pendokong-pendokong pendapat luar (yang bukan daripada Islam ini) untuk mereka memburuk-burukkan kehormatan umat Islam.


Dan inilah sebenarnya hakikat mazhab golongan Khawarij dan telah banyak nas-nas Syariat menyuruh agar kita berhati-hati daripada terjebak ke dalam kebathilannya.”


Kesimpulannya:

* Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tidak boleh terpisah.
* Pembahagian atau pemisahan ini mula dilakukan oleh Ibnu Taymiyyah.
* Pembahagian tauhid seperti ini bukanlah pembahagian yang bersesuaian dengan tauhid generasi Salafus Soleh.
* Menyatakan bahawa Tauhid Rububiyyah sahaja tidak cukup untuk menentukan keimanan seseorang yang beriman adalah bertentangan dengan ijma’.
* Fitnah takfir (kafir-mengkafir) yang timbul daripada pembahagian tauhid seperti ini adalah hakikat mazhab Khawarij (seperti mengkafirkan orang yang bertawassul).

Wassalamu ‘alaikum.
Sejahteralah ke atas mereka yang mengikut petunjuk daripada Tuhannya.

Tidak ada komentar: